Friday, November 13, 2009

10 Amalan Hidup


Sesiapa yg berselawat tidak kiralah berapa banyak hitungannya pada setiap hari,dirinya akan mendapat keberkatan dlm apa jua yg dilakukannya dgn syarat ia berusaha mencari keredhaanNya

Menutup mulut dan merendahkan suara ketika bersin.Apabila Rasulullah bersin,baginda meletakkan tangan atau pakaiannya di mulut(kerana dibimbangi terpercik)


Rasulullah tdk pernah menolak hadiah.Baginda selalu menerima hadiah dan Baginda amat menghargainya.(Hadis Riwayat Bukhari)


Nabi Muhammad SAW tdk pernah mencela makanan.Jika Baginda suka,Baginda makan dan jika sebaliknya,Baginda tinggalkan (Hadis Riwayat Bukhari) Apatah lg jika makanan itu pemberian irg lain.

Jiwa yg gelisah dpt ditenangkan dgn berzikir,termasuklah berselawat dgn sekerap mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.

Berdiri apabila melihat iringan jenazah.Apabila kamu sekalian melihat jenazah(yg diusung) naka berdirilah(sbg tanda penghormatan)-(Hadis Riwayat Muttafaq Alaih)


Mudahkan sesuatu dan jgn kamu menyukarkannya. (Hadis Riwayat Muttaffaq Alaih)


Apabila RAsulullah tidur,Baginda akan mengiring ke kanan.(Hadis Riwayat Bukhari)

Bersujud syukur jika kamu mendapat khabar gembira.Nabi Muhammad SAW sering melakukannya ktika beroleh khabar yg menyenangkan sbg tanda syukur hamba kpd Allah.


Perbaharui wudhuk tiap kali bersolat kerana padanya terdapat banyak fadhilat.Sesiapa yg berwudhuk dalam keadaan suci,Allah memcatatkan sepuluh kebaikan baginya(hadis Riwayat Abu Dawud)

To My Beloved Mohd Russdan...




"Kupersembahkan hati untukmu,insan yg kucinta. Sedalam-dalam rasa, sesampai di syurga"...

Azzrain's Leisure Time

Serius tu muka....nak bukak ball...
Wut happened to ur car bb?

Geram suday....geget jer...




Thursday, November 12, 2009

Nur Kasih....


"Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan dia sebelumnya"..

Nur...Ya Nur Kasih...

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih

Nur Kasih....

"tiada kejayaan tanpa rintangan, tiada kebahagiaan tanpa kesedihan".

Tuesday, November 10, 2009

Untukmu Wanita....

Pernahkah terlintas dalam hati kita semua, saudariku muslimah untuk menjadi bidadari di dunia dan di akhirat nanti?.Pernahkah kita bayangkan betapa cantik dan anggunnya ia, menjadi incaran dan simpanan hamba-hamba Allah yang soleh dan bertakwa.Tidakkah tergerak hati kita untuk meraihnya? Sesungguhnya bidadari dunia adalah para wanita yang solehah, memurnikan ibadah hanya untuk-Nya,hatinya selalu takut dan terikat dengan rabb-Nya, mentaati-Nya dalam keadaan sendirian ataupun di hadapan banyak manusia. Merindukan keredhaan Allah dan Rasul-Nya

Selalu terbayang dalam pelupuk matanya syurga yang dijanjikan Allah menantinya dari pintu manapun ia suka, ia bisa memasukinya. Hatinya selalu menimbang dengan timbangan akhirat sehingga segala urusan dunia yang bertentangan dengan syariat Allah dan Rasul-Nya akan mudah ia singkirkan dan tinggalkan.

Duhai betapa elok dan indah akhlaknya, bila ia belum bersuami maka berbakti kepada kedua orang tuanyalah ladang amalnya memanfaatkan kesempatan yang berharga ini dengan berusaha mendapatkan keredhaan dari keduanya.Bila ia telah bersuami maka bersemangatlah hatinya untuk berbakti kepada suaminya, menemani sang suami dalam keadaan suka dan duka,mendidik anak-anaknya agar mereka berjalan di atas sunnah dan manhaj yang benar iaitu manhaj salafuna soleh. Berani meluruskan suami apabila ia bersalah dengan bahasa yang lembut dan bersabar atas kekurangannya. Membantu suami dalam mentaati Rabb-Nya, sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan amalan hamba-hamba-Nya.Jika engkau bersabar dan istiqamah maka insyaAllah engkau akan menjadi penghuni syurga.

Janganlah kita resah dan gundah kerana melihat sulitnya jalan untuk meraih ke sana.Jalan itu akan mudah kita tuju apabila kita memohon pertolongan-Nya dalam setiap desah nafas. Sehingga segala tindak tanduk kita selalu dalam bimbingan-Nya.Dan, renungkanlah apabila kita berjaya mencapai predikat wanita solehah (bidadari dunia) semua adalah karena dari Rabb semata, bersyukurlah atas nikmat ini dan janganlah sekali-kali kita takbur. Ingatlah selalu firman-Nya :

Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan pertolongan Allah” (huud:88).

Semoga Allah membarakahi kita dan memberkati kita semua.InsyaAllah...Amin..

Sunday, November 8, 2009

Alahai Penyokong Red Warrior

7Nov 2009; 23:30

Aku baru je abis tgk final match Piala M'sia...Huuuu...Kelantan takde rezeki nampaknye mlm ni.Takpela,da adat perlawanan,ada menang&ada kalah.aku pasrah&redha(hehe..)Nwei,congrats utk team Rusa(Muzai mesti hepi giler ni)..
Actually,aku bkn nak complaint pasal permainan Kelantan mahupon N9.Tapi nak cite sket pasal penyokong Red warrior ni..Semput aku tgk kat dalam tv dorg bakar banner and kusi kat Stadium Bkt Jalil.Apatah lg orang-orang yg ade kat sane,tgk live perangai taik dorang.hampeh la.Malu wooo..sedar la sket kita ni,pegi negeri orang,pegi buat taik plak kat sana.huhu..Memang patutla Kelantan kalah,dahle pegi awal kat stadium tu,then duk serang penyokong-penyokong N9...tak semayang plak tu(kalo dr kul 10pg lagi duk tercongok kat stadium tu,duk wat huru-hara sampai la ke mlm,ada masa nak igt Allah ke dorg tu??)..manela nak berkat.Heran aku,bangga konon-kononnya asal dari negeri "Serambi Mekah",tp attitude mcm orang Israel (Nauzubillah)..Cianla sket kat MB korg tu,sampai masuk IJN,semput duk pikir masalah rakyat jelata..huhu(baru tau bsr ke tak tanggung jawab pemimpin ni)apepun,yg baik kita sama-sama jadikan teladan,yg buruk tu jadikan sempadan.Harap-harapnya tahun depan perkara sama takkan berulang lagi..