Thursday, March 25, 2010

Kenapa ni??

Adehs~
(sgt tdk baik mengeluh di pagi hari)
Malasnya nak bgn pagi arini
Alarm hnset pon aku off trus.biasanya snooze je
Sungguh...begitu malas aku ari ini
Dah le cuaca mendung semacam je
Kalo la arini sabtu..syoknyeeeeee~
645 br la aku terkedek-kedek bangun,ambik towel,take da bath
turun tangga pon lemah longlai rasanya
aduhai~
Nak pakai baju pon malas uuuuuu
Make up ala kadar je (bkn mekap sbnrnya..just tempek bedak n pakai lipgloss jew.kekeke)
Almaklum la kena merempit..nk mekap tebal2 xbley.
nt ade yg ckp aku pakai maskara kat hidung.

730 kejutkan Azzrain
Cian budak tomey tu,blom puas tdo da kena bgn (sggh tdk baik utk tumbesaran baby)
Takpe lah cayang,sambung tdo kat umh nenek nnt ye.

830..cunnnn je aku punch in.memang lambat la Mr Russdan sampai ofc arini.
Minggu ni da bape kali punch in merah ye cayam? 3x kan?
ahaks~u better tell ur beloved Mr. Nik-"i anta bini la"
Masuk je ofc...woooo giler sejuk.Macam nak termuntah je
Siyes..aircond kt dlm ofc ni sumenya 18degree


Nak mkn ape bfast arini ni? Nasi lemak Jln Yap Kwan Seng?
Nasi lemak yg sgt sedap,tp aku xde selera la
Tgk bihun goreng pon xbesh jgk.
Tapau milo ais je la.Bun ade lg kat dlm drawer.Makan jela dulu wat alas perut
Roti ni pon tekak aku xnak telan jgk..adehsss~
Apsal ni??
Jgnla mcm ni,kan nak tambah berat badan..makin kurus nnt.
(Waaaaa~~ xnakla weight aku turun lg)

Kepala da stat pening balik (actually dr mlm td dunia berpusing2)
Terpaksala telan panadol lg..aduh~~
Da..nnt sambung lg.Nak tido jap

chioz,
dinieygblurrr

















Wednesday, March 24, 2010

Selamat Ulang Tahun..

25 March 1984

Hapi warmest 26th bday to Mr Hamidi Juhari
All ur best in ur lifetime
Semoga sentiasa dlm rahmat dan keredhaan Allah
Dimurahkan rezeki,dipanjangkan umur dan dikurniakan isteri yg solehah..
AMIN

Permata Ayah Bonda



Mewangi kuntuman bahagia
Di halaman ayah serta bonda
Menatang selaut cahaya
Melerai resah dan gundah di jiwa
Segunung impian dicita

Selangit harapan di damba
Dibelai, dimanja mesra
Kaulah racun, kau penawar
Senyuman dan tangisanmu
Pengubat duka dan lara

Engkau umpama sebutir permata
Diperlubukkan kasih nan bersinar, bercahaya
Hiasi rumahtangga
Engkau harapan seisi keluarga
Panjatan doa dan aimata
Yang pasrah kepada Yang Esa
Kepadamu tercurah
Kasih sayang dan pengorbanan
Agar terus gemilang

Dididik, diasuh tiap masa
Diajarkan ilmu yang berguna
Mengenal Allah dan Rasul
Menyemai, menyubur iman di dada

Dilayur segala kekerasan
Dilentur dengan kelembutan
Dititip seuntai madah
Hidupmu mula dan berakhir
Menyusur fitrah dan sunnah
Bernoktah di penghujungnya

Tiada yang lebih membahagiakan
Melihat dirimu kian membesar, dewasa
Di dalam sejahtera
Usah terpesona pujukan dunia
Yang hanya menyilau pandangan
Memukau dengan keindahannya
Nasihat ayah bonda
Agar engkau lebih bersedia
Untuk menghadapinya

Bersemi kelopak kasih sayang
Di persada cinta yang sejati
Titisan susu ibunda
Menyegarkan, menghapuskan dahaga

Renjisan keringat dari ayahanda
Menyubur pohon kehidupan
Tuaian sebidang tabah
Buatmu doa dan harapan
Jadilah insan yang mulia
Pembela di hari tua

Waktu bisa merubah segalanya
Dewasalah dalam rahmat dan kasih Ilahi
Redahi pancaroba
Andai langkahmu tersasar kesimpangan
Pulanglah ke laman ayah bonda
Kembali menghuni di tamannya
Bersamalah semula
Menghirup embunan kasih sayang
Sedingin airmata bonda

Engkaulah permata ayah bonda....

Azz Sleeping's Songs


nenek nenek si bongkok tiga
siang mengantuk malam berjaga
mencari cucu di mana ada
nenek nak kawen dgn anak raja
.........................................................

aci-aci bukak pintu
nana balik pukul 1
nana takot burung hantu
...................................................................

Twinkle-twinkle little star
How i wonder what u are...
(plz continue ur self)
it's time to back
xoxo,
Azzrainygtomey

Semalam (240310)....

Actually cerita ni off record (utk 18sx je tau).
Tp xpela,aku nak jugak tulis kat blog ni
(lgpon kwn2 aku sumenya da tua bangka.lalalala~)
so,boleh la korang baca cite nih.
Semalam aku dpt msg dr Aine..
(haih~entah apela mimpi pompuan tu tetiba msg aku)
Biasanya ade 'hal' je dia akn cari aku.
Adatla manusia.
(sori ye Puan Aine-no heart feeling ok)
Disebabkan aku kat ofc n malas naik taip msg,so aku tpn la dia.
sembang2 ape yg patot,then tibe2 terkeluar topik pregnant ni.
Tibe2 jew aku jd cultural shock.
Tibe2 teringat yg PE**** aku lewat 1 week.
Adusss~apa kes nie?
Ade isikah di dalam?
Kelam kabut rasanya time tu
Mcm nk je lari g farmasi beli pregnancy test
Tgk jam baru  430pm
Adussss~lambatnya masa berjalan
Aku tpn la Mr Mohd Russdan
"Am I pregnant?"
"Wut??"
Terkejut beruk rasanya lelaki itu
Actually bknnya kami xnak tambah baby
Tp not for da time being la..uhhh~
Tunggula dulu Azzrain umur 4 or 5 thn
Tp kalo Allah nak bg,aku terima
Anak itukan pembawa rezeki
sungguh~
Then,he asked me to test
Xsabar nampak
Dan-dan tu jgk suh aku g bli UPT kit
"Sabarla"
"Tunggula pas ofc hour nnt"
"Then u fetch me in Ampang Park k"
Sharp je 6pm aku da punch out
Laju siot menapak g Ampang Park
Nak beli UPT
Uhhh~
Sambil2 tu boley cuci mata
Tgk ape2 yg patot dibeli
Lagipon nx week gaji masyuk
Yaaaaaayyyyyy~
615pm aku kua dari Guardian
Jalan terkedek2 jew la
Igtkan laki aku blom sampai lg
Alamak~
Dia da melangut kat dpn mcD la
nasib baik dia x buat muka
Fuhhh~lega
Biasanya kalo aku lambat, CONFIRM boleh tgk muka yg xsepatotnya dipertontonkan itu
yakkkkksss~
sungguh tdk cantik dipandang
"Da test lom?"
"Blom..nak test katne?Tggu sampai umah la"
.............................................................................................................
(705pm)
Already in my home
Kemas-kemas brg sket
Sambil-sambil layan Azzrain
"Da check lom"
Aduss~again??
How many time u have to repeat nih?
Tak sabar sgt ke nak tau dia nih?
Teruja?
Suprise?
"Wait la,jap lg i check"
Aku pon sebenarnya xsabar nak tau
hahahaha~
............................................................
Then da result is -ve..
:))
Hepi...
Sbb aku blom bersedia lg utk dapat 2nd baby
Tak puas lg layan kerenah Azzrain yg cumil itu

Utk Jie.
Ulang suara ye
Keputusannya adalah NEGATIVE

chioz
akudansemalam










Sunday, March 21, 2010

Agungnya CiptaanMU

Ketika Allah menciptakan insan bergelar Wanita, Dia mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkannya.
Pada hari ke-enam, datang seorang Malaikat bertanya, " Ya Allah, kenapakah engkau mengambil masa yang terlalu lama untuk menyiapkan ciptaan-Mu kali ini? "
Allah menjawab, " Sudahkah engkau melihat betapa cantik dan mulianya ciptaanku ini ? Lihat... ... .Dua tangan yang ada ini mestilah boleh dibersihkan, tetapi bahannya bukanlah daripada plastik.
Setidaknya terdiri daripada 200 bahagian yang boleh digerakkan dan berfungsi baik untuk segala jenis makanan.
Mampu menjaga banyak anak bersamanya.
Mempunyai pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan keburukan. Dan semua yang kuterangkan tadi cukup dengan hanya menggunakan dua tangan ini. "
Malaikat berkata," Ya Tuhanku, cukuplah setakat hari ni. Engkau boleh menyambungkannya keesokan hari"
" Oh, tidak. Aku mahu menyiapkannya. Ini adalah ciptaan kegemaran-Ku", balas Allah kepada malaikat-Nya.
Malaikat itu terpanggil untuk mendekati dan melihat dengan jelas ciptaan Tuhan-Nya, iaitu Wanita.
Disentuhnya ciptaan tersebut. " Ya Tuhanku, kenapakah engkau membuatnya begitu lembut? "
Allah menjawab, " Ya. Aku membuatnya lembut. Tapi... . pastinya engkau tak terfikir apatah lagi sanggup membayangkan kekuatan yang Aku berikan agar mereka dapat mengatasi banyak hal yang luar biasa " .
" Adakah ciptaan-Mu ini mampu berfikir, Ya Tuhanku ? " tanya Malaikat itu penuh kehairanan.
Allah menjawab, " Dia bukan sahaja mampu berfikir, malah Aku berikan kepadanya kekuatan untuk bertolak ansur dan bertoleransi yang luar biasa"
Malaikat menyentuh ciptaan itu di bahagian dagunya... .
" Ya Tuhanku, kelihatan seperti ciptaan-Mu ini kelihatan seperti lelah dan rapuh. Seolah terlalu banyak beban yang perlu ditanggungnya. "
Sambil tersenyum, Allah menjawab " Itu bukan bererti lelah atau rapuh. Itu adalah air matanya. "
Malaikat kehairanan lalu bertanya " Air mata ? Untuk apa, Ya Tuhanku ? "
" Air mata adalah satu cara untuk dia menyuarakan perasaanya. Segala kegembiraan, keresahan, cinta, kesepian, penderitaan dan kebanggaannya ", sambung Allah.
Dengan perasaan takjub, Malaikat berkata, " Ya Allah, Subhanallah ! Begitu agungnya ciptaan-Mu bergelar Wanita ini, Ya Allah. Sesungguhnya engkaulah Yang Maha Mencipta sesuatu yang menakjubkan yang tak mampu dijawab dek akal".
Allah menjawab, " Ya mesti...
Aku ciptakan Wanita ini supaya dia mempunyai kekuatan mempersona lelaki. Dia kuat mengatasi beban malah mampu melebihi laki-laki.
Dia mampu menyimpan kebahagiaan apatah lagi kesedihannya sendiri.
Dia mampu tersenyum di kala hatinya dihimpit dan diguris kesedihan, menyanyi di saat menangis, menitiskan air mata di saat terharu, bahkan tertawa di saat ketakutan.
Dia mampu bekorban untuk orang-orang yang dicintainya.
Mampu berdiri teguh di kala melawan ketidakadilan apatah lagi makin teguh di kala melihat kebaikan.
Mampu juga menerjunkan dirinya tanpa menghiraukan bahaya untuk keluarganya.
Dia menolong temannya yang kesakitan untuk mendapatkan ubat.
Cintanya tanpa bersyarat !
Dia menangis saat dikurniakan suami disampingnya.
Dia menangis saat melihat anaknya menjadi pemenang.
Dia girang dan bersorak saat melihat temannya tertawa.
Dia begitu bahagia mendengar kelahiran.
Hatinya begitu sedih mendengar berita sakit dan kematian.
Dia selalu punya kekuatan untuk mengatasi hidup.
Dia tahu bahawa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka biar sedalam mana peritnya.
Cuma... .ciptaanku ini punya satu kelemahan... ", terang Allah pada Malaikat-Nya.
Malaikat itu kehairanan. " Ciptaan Allah Yang Maha Agung ini punya kelemahan ? Nyatakan padaku kerana aku tidak memahaminya, Ya Allah".
Allah menjawab, " Ya, wahai Malaikat. Ciptaanku ini punya satu kelemahan ".
Malaikat terus bertanya, " Apa dia, Ya Tuhanku ? "
" Kelemahan ciptaan-Ku ini adalah kerana... . Dia lupa betapa berharga dan istimewa hakikat kejadiannya." jawab Allah.
Malaikat tunduk tanpa mampu bertanya lagi...

" Betapa indahnya ciptaan Yang Maha Esa bernama WANITA "