Thursday, February 18, 2010

Prata Yang Enak Lagi Menyelerakan...Ahaks~~

Sooooooooooooooo~ yummy..
Tak sangka la plak aku ni sebenarnya ade talent dlm bab masak memasak ni..Nak kata keturunan chef xde la plak..eheeee~ Tp hakikatnya mmg ade talent ah. Perempuan la katakan..
Actually mlm td saje je la gatal tgn nak masak roti prata ala-ala western gitu..Hehe
So,bukak fridge terjumpe la cheese (my most fav)..Mmg xleh xde la stock kat umah.Bleh sasau kalo xde.Cheese addict ke aku neh??
Sliced da cheese..
Then potong bawang besar.
Prata tu kena goreng terlebeh dolu daaa.
Da masak prata tu..letak je cheese n bawang besar byk2 kat atas prata.Tggu jap smpai cheese tu cair (uhhhh~ so yummy beb), then gulung la prata tu. Jgn lupe letak pepper. Ready to eat. Utk sape2 yg mls masak (mcm Unna-ngeh3~) bleh try resepi aku neh.

SELAMAT MENCUBA!

Untukmu yang bernama lelaki...


Allah yang selayaknya menerima pujian, setinggi-tinggi kasih buat Nabi Khatimul-Anbia’. Terima kasih yang tak terhingga atas bicara tulusmu; lelaki. Sekurang-kurangnya ia melontarkan aku ke lembah peringatan yang mendalam. Menarinya penaku kali ini bukanlah untuk menjawab segenap persoalan, tetapi kerana kumasih teguh berpegang :
“ Dan berpesan-pesanlah ke arah kebaikan Tuhan…”

Mujahid yang berada dalam doaku…

Akulah si tulang bengkok yang digubah dari rusuk kirimu melalui perasaan yang mengatasi akal fikiran. Lantaran itu, engkau satu-satunya kejadian ciptaan Tuhan yang ditakdirkan untuk memimpinku melalui iman dan amal solehmu. Betapa aku jua menangisi keporak perandaan akhlakmu yang tidak mampu menjadi imamku; di mana-mana sahaja sapaanmu melunturkan harapan insan selemahku..alangkah pilunya hatiku…
Duhai lelaki yang kunobatkan sebagai Rijal sepanjang jalan….
Seandainya jalanku tidak lurus saat ini, salahkah aku mengharapkan engkau memimpinku kepadaNya dengan ketaqwaanmu sebagai hamba yang menginsafi tanggungjawab mentadbir dunia?? Seandainya lautan akhlakku bergelora dengan ombak kemaksiatan, izinkanlah aku memohon engkau menjadi pewaris a’bidin yang lidahnya sentiasa basah menyebut nama Tuhan.
Bangkitlah insan yang bergelar lelaki; engkaulah yang berada dalam doaku...jua harapan hati kudusku dalam menyemarakkan jailul-Islam.
Maafkan daku dalam melontarkan kata-kata dan harapan ini…namun aku tidak ingin tertewas dengan gelojak mehnah sepanjang jalan ini sendirian, pimpinlah daku kepada Tuhan…bantulah daku dalam mendapat Syurga dan pengampunan Allah…aku tidak mahu menangis dengan tangisan yang tiada nilaian pada pandangan Allah….
Namun...aku tidak sekali2 redha diriku menjadi fitnah..fitnah bg seorang lelaki. Jgn lah memuja aku di dalam diam.hadirlah..datanglah dalam keadaan mulia dan terpuji..melalui jln yg diredhai kerana aku masih punya harga diri..
ingatlah...kau rijal yg dikarang.kau rijal harapan..kau punya tanggungjawab
pergilah tunaikan tanggungjawab itu.
kerana janjiNya pasti..



Wednesday, February 17, 2010

Wanita Hiasan Dunia Penyeri Akhirat

Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”


Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.


Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S


Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.


Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.


Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.


Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.


Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.


Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepadasuaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).


Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besarhaknya terhadap wanita?Jawab baginda,… “Suaminya. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?"Jawab Rasulullah S.A.W….”Ibunya. “


Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurgamana sahaja yang dia kehendaki.


Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.Tmemasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).


Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.


Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkanbaginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T


Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.


Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.Tmemberinya pahala..

Teristimewa Buat Mohd Russdan


Dearest Mohd Russdan;

Actually xtau nape tergerak hati saya utk tulis benda ni.Mungkin sbb mimpi mlm td kot.Eheee~
Apepun,hopefully u'll be enjoy reading.Yang baik,semoga dpt dijadikan teladan..Yang buruk sama2 kita jadikan sempadan.Semoga perjalanan kehidupan ini sentiasa dalam rahmat dan keredhaanNya.InsyaAllah..
Sama ada awk da tau atau pun blum...
"Isteri adalah amanah Allah,bukan barang hak mutlak milik anda seorang.Anda disuruh menjaganya bukan mempergunakannya sesuka hati.Sudah habis diguna,dibuang ke dalam tong sampah. Bila rosak,dituduh tidak sempurna,tidak bermanfaat, dan tidak membawa untung.Dia adalah amanah Allah yg akan disoal ke atas setiap suami bagaimanakah mereka menjaga isteri sesuai dgn suruhan Allah dan Rasul-Nya.



Perempuan dijadikan dari tulang rusuk kiri lelaki.Ciptaannya pun sudah cukup menggambarkan 'kelemahan' (sudahlah dari rusuk kiri,yg bengkok pulak tu) Jelas,terang dan nyata bahawa isteri itu terlalu perlukan bimbingan suami..Bersabarlah jika mahu meluruskan tulang belakang yg bengkok.Jika terkasar boleh patah tetapi jgn biarkan ia rosak.
"Rasulullah SAW bersabda kpd para suami yg bermaksud "Pulanglah kpd keluarga kalian,berdiamlah,ajari dan bimbing mereka.Lakukanlah solat begini dan begini” (hadith Muttafaqun ‘alaih)

Begitulah sentuhan jiwa yg diperlukan isteri,kepimpinan suami menjejaki jln yg sukar dilalui biarlah anda menggengam tgnnya menapaki kehidupan ini dgn sentuhan iman,kasih syg,kelembutan dan nasihat yg tdk mencederakan hati isteri.Bukan hanya solat,bahkan ajari dia mengenal Allah,berbuat baiklah seolah-olah tiada seorang pun yg pernah melayannya dgn lembut kecuali anda.Wanita fitrahnya inginkan kelembutan,jika ditengking bertambah degillah dia"
Apepun,semoga catatan ni membawa sedikit sebanyak perubahan dalam hati kita..

Tuesday, February 16, 2010

Azzrain in Actions

When Azz goes driving

 When bb act like an artist

When azzrain in "focusing"
...ngeh...ngeh....

Sleeping style-stylo

Feedin' time

When i'm not in gooooooooood~ mood

L shape.. oh L shape

Alhamdulillah..sampai jgk hajat aku nak bli L-shape..dari mula2 aku pindah Kajang lg sebenarnya duk pasang niat nak beli.Tp sebab byk benda yg kena amik kira dan byk bajet yg kena bentang..ngeh3~~ so aku terpaksa pendam dulu hasrat tu.Apepun after 2days in surveying progress(cehhh,survey la sgt) akhirnya semalam terjumpa la yg sedap mata memandang dan harga dalam bajet..So,tggu ape lg..rembat je la.xsbr nak tunggu delivery sebenarnya ni.hehe..Bb mesti hepi sbb pasni da dpt duk kat sofa.Tiap kali bwk dia g kedai furniture mesti dia hepi giler,lompat2 kat sofa,panjat2 la..Yala,b4 kat umah mama ade sofa..Tibe2 pindah Kajang umah kosong ye bb?cian my cute mute boy..Nway,thanx to mr.Russdan sbb sudi share payment tu..Eheee~nnt kite bli furniture yg laen lagi ea..pon tong-tong jgk..Kalau x pon..da better way u byr je in full amount..lg la i hepi..ngeh..ngeh..ngeh