Wednesday, February 17, 2010

Teristimewa Buat Mohd Russdan


Dearest Mohd Russdan;

Actually xtau nape tergerak hati saya utk tulis benda ni.Mungkin sbb mimpi mlm td kot.Eheee~
Apepun,hopefully u'll be enjoy reading.Yang baik,semoga dpt dijadikan teladan..Yang buruk sama2 kita jadikan sempadan.Semoga perjalanan kehidupan ini sentiasa dalam rahmat dan keredhaanNya.InsyaAllah..
Sama ada awk da tau atau pun blum...
"Isteri adalah amanah Allah,bukan barang hak mutlak milik anda seorang.Anda disuruh menjaganya bukan mempergunakannya sesuka hati.Sudah habis diguna,dibuang ke dalam tong sampah. Bila rosak,dituduh tidak sempurna,tidak bermanfaat, dan tidak membawa untung.Dia adalah amanah Allah yg akan disoal ke atas setiap suami bagaimanakah mereka menjaga isteri sesuai dgn suruhan Allah dan Rasul-Nya.



Perempuan dijadikan dari tulang rusuk kiri lelaki.Ciptaannya pun sudah cukup menggambarkan 'kelemahan' (sudahlah dari rusuk kiri,yg bengkok pulak tu) Jelas,terang dan nyata bahawa isteri itu terlalu perlukan bimbingan suami..Bersabarlah jika mahu meluruskan tulang belakang yg bengkok.Jika terkasar boleh patah tetapi jgn biarkan ia rosak.
"Rasulullah SAW bersabda kpd para suami yg bermaksud "Pulanglah kpd keluarga kalian,berdiamlah,ajari dan bimbing mereka.Lakukanlah solat begini dan begini” (hadith Muttafaqun ‘alaih)

Begitulah sentuhan jiwa yg diperlukan isteri,kepimpinan suami menjejaki jln yg sukar dilalui biarlah anda menggengam tgnnya menapaki kehidupan ini dgn sentuhan iman,kasih syg,kelembutan dan nasihat yg tdk mencederakan hati isteri.Bukan hanya solat,bahkan ajari dia mengenal Allah,berbuat baiklah seolah-olah tiada seorang pun yg pernah melayannya dgn lembut kecuali anda.Wanita fitrahnya inginkan kelembutan,jika ditengking bertambah degillah dia"
Apepun,semoga catatan ni membawa sedikit sebanyak perubahan dalam hati kita..

1 comment:

  1. wahh...aku suka post nih..mempunyai maksud yg sangat mendalam...sape2 yg terasa tu...baiklah bertaubat sekarang...selagi dibukakan jalan oleh tuhan.

    ReplyDelete